Wednesday 16 January 2013

Apa itu PCOS

Salam kenal kepada kawan2 yang mengenali dan x mengenali sy...

mungkin entry kali ni berkenaan PCOS.. apa itu PCOS..apa rawatan...? n siapa yang ada PCOS?



Punca utama PCOS terjadi?
Biasanya PCOS berkait rapat dengan genetik atau keturunan. Ini bermakna jika mak kita atau sedara perempuan kita mengalami PCOS yang lain juga turut mengalami PCOS. Tapi bukan semua PCOS berpunca dari keturunan.

Kaitan PCOS dengan kesuburan?

Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama  badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal. 

Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.

PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan. Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst  kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.

Fakta PCOS:

Nisbah pengidap PCOS adalah 1 dari 15 wanita.
Biasanya terjadi kepada golongan remaja yang aktif sistem reproduktif.

 Bagaimana PCOS boleh di rawat?
YA!!
 PCOS adalah salah satu punca susah nak MENGANDUNG !!!

tapi jangan kecewa.. sebab yang mengalami PCOS tidak mustahil untuk anda mandapat zuriat sendiri :)

Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi.
Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.

PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.


banyak lagi yang nak kena study pasal PCOS ni...sbb sy salah seorang yang di pilih Allah untuk di uji...Alhamdulilah, sampai sekarang yg tenang menghadap ini semua..smoga kwn2 kat luar yg 'bertuah' itu seperti sy...nantikan next entry tuk sma2 kita belajar n dalami simptom PCOS ni...

Yg Benar, 
Rosma ibrahim ....peace yooo




No comments:

Post a Comment