Monday 18 March 2013

Kerap Keguguran...??


Terdapat beberapa sebabyang boleh menyebabkan keguguran secara berturut-turut:

1.       Sindrom Anti fosfolipid yang paling penting dan didapati pada 15 peratus wanita yang mengalami masalah tersebut.Ujian darah perlu dilakukan untuk melihat sama ada puan mempunyai antibodi antikardiolipin atau lupus antikoagulan.

2.       Genetik:  3-5% pasangan,salah seorang dari mereka adalah Pembawa Resiprokal Seimbang(Robertsonian translocations). Pasangan pembawa,luaran adalah normal tetapi 50-70 % gamet yang terhasil dari persenyawaan adalah tidak seimbang.

3.       Ketidaknormalan Kromosom Janin

4.       Ketidaknormalan anatomi rahim: Adalah dianggarkan,2 hingga 38 % wanita yang mengalami keguguran berulang mempunyai anatomi rahim yang tidak normal.Contohnya “uterine septum” dan “bicornuate uterus”.Terdapat penghalang didalam rongga rahim untuk implantasi yang sempurna.

5.       Fibroid dimana 30 % wanita mengalami masalah ini. Kesan fibroid terhadap reproduktif wanita adalah kontroversi. Fibroid jenis submukosal dan intramural boleh menyebabkan keguguran.

6.       Masalah Trombofilia darah.

7.       Infeksi: Buktinya spekulatif sahaja.Tiada bukti jelas. Contoh infeksi ‘Bacterial Vaginosis’

8.       Masalah Endokrin: Contoh diabetis dan penyakit Tiroid.

9.       Kelemahan servik: Kebiasaan lebih kepada keguguran trimester 2. Sukar dipastikan sama ada  ia punya keguguran berulang pada trimester 1 .

Sunday 17 March 2013

Set Slimming Shaklee Most Popular Entry






mmm jangan tak tahu ye kawan2 produk paling laris dalam product shaklee adalah slimming set shaklee... mngkn sbb ramai kwn2 atau customer sy yg begitu prihatin dengan berat badan yg ideal...yer la tak bila da obes nanti mcm2 lak penyakit yg dtg...bak kata org mencegah lebih baik mengubat..

Masing2 berjaya menurunkan berat badan dan membuang lemak2 tepu yg sekian lama menempel ditubuh.. Badan menggeleber dan x shape up...pingang da xjd pingang straight cut je...cam pattern suar jeans lak,...Sy amat memahami perasaaan itu.. Bila nak keluar rumah, mula lah cari baju sini sana nk sorok lemak yg berlapis2,,.. Berjam2 memikirkan pakaian yg sesuai.. Betul tak? msti baju yg gelap2 dan longgar mnjd pilihan (hehehe.. dulu sy pn cam tu)



Tambah pula kalu dah berkahwin dan berkeluarga lagi susah nk control makan. bila masak mula la makan bnyk..duk dapur aktiviti tangan masak aktiviti mulut makan...mmmm sama naik....so mmg la knapa pempuan ramai yg gemuk dr lelaki... 


 **(Dapatkan konsultasi serta cara pengambilan yg betul utk slimming set ini dari pengedar SAH SHAKLEE)


1) Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Proses pembakaran lemak dan pelangsingan badan anda pun lebih mudah berlaku.



2) Lecithin

Berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


3) Protein
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan menghalang berat badan badan naik dengan mendadak.
  
Selepas kurus, badan akan mudah mengelebar/gelebeh, dengan pengambilan protein akan shapekan otot yang gelebar dan membuatkan badan solid.

Cadangan saya anda boleh mengambil Cinch™ Shakes atau Soy Protein Isolate Powder (ESP)untuk protein bergantung kepada bajet anda.


juba yer jangan tak cuba...Jom Langsing...



Tuesday 12 March 2013

Perut Buncit


Masalah perut buncit boleh berlaku sama ada kepada kaum lelaki mahupun kaum wanita. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini. 

Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.


Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter. 

Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara. 

Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit. 

Mungkin cara sedutan lemak atau 'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan.

sejauh mana kita menjaga pemakanan kita...

adakah kesihatan dijaga hanya untuk hari ini atau masa depan?
renung2kan dan selamat beramal...


“Sharing is Caring”
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Tak Makan Maka Tak Rasa
Tak Rasa Maka Tak Sihat
Tak Sihat Maka Tak Cantik
Jom Cuba...
Jangan Malu Jangan Segan Hubungi Saya,
Call/Sms/Whatsup/Email
019-9381858 (ROSE)
facebook: rosma Ibrahim
member ID: 906312

Kalsium amat Penting untuk Ibu Hamil

Kalsium amat Penting untuk Ibu Hamil tp masih ramai lagi bakal2 ibu yang ambil ringan dan ambil mudah tentang kalsium dalam badan.

Wanita dan kalsium memang tak dapat dipisahkan. Terutama sekali wanita mengandung & menyusu, atau pernah mengandung dan menyusu. Kaum wanita terdedah dengan pelbagai risiko jika kekurangan kalsium. Terdapat satu artikel yang sangat berguna tentang risiko-risiko ini. Saya petik beberapa info menarik:-




APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.


IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.


Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.


Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2NOO9RvNt 




pada bakal2 ibu diluar sana yang bekerja sy pasti anda mempunyai masa yng limited,..mungkin xsempat nk bancuh susu, so blh ambil altertnatif lain untuk kesihatan ibu n anak..
pastinya ostematrix shaklee adalah pilihan bijak...


“Sharing is Caring”

Tak Kenal Maka Tak Cinta
Tak Makan Maka Tak Rasa
Tak Rasa Maka Tak Sihat
Tak Sihat Maka Tak Cantik
Jom Cuba...
Jangan Malu Jangan Segan Hubungi Saya,
Call/Sms/Whatsup/Email
019-9381858 (ROSE)
facebook: rosma Ibrahim
member ID: 906312



 

Promosi Shaklee Bulan March

Promosi Shaklee Bulan March



Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 


Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 



“Sharing is Caring”

Tak Kenal Maka Tak Cinta
Tak Makan Maka Tak Rasa
Tak Rasa Maka Tak Sihat
Tak Sihat Maka Tak Cantik
Jom Cuba...
Jangan Malu Jangan Segan Hubungi Saya,
Call/Sms/Whatsup/Email
019-9381858 (ROSE)
facebook: rosma Ibrahim
member ID: 906312

Mengurangkan Gula.. Apa langkah terbaik??

Tahukah anda?

* Risiko 60 penyakit bahaya akibat gula termasuk barah, jantung dan masalah buah pinggang

* Pengambilan 24 sudu teh gula boleh sebabkan keberkesanan sel darah putih menurun sebanyak 92 peratus dan ia memakan masa sehingga lima jam!

* Gula tidak menyebabkan sakit jantung, tetapi ia menjadikan platelet darah melekit dan meningkatkan risiko pembekuan darah dalaman yang mengakibatkan kepada serangan jantung dan strok melalui lemak darah.

7 langkah bijak mengurangkan gula

* Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

* Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada satu sudu teh saja untuk setiap cawan minuman.

* Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

* Elakkan snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

* Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

* Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman yang mana gula tersenarai di bahagian awal

* Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel `rendah gula' dan `bebas gula.




“Sharing is Caring”

Tak Kenal Maka Tak Cinta
Tak Makan Maka Tak Rasa
Tak Rasa Maka Tak Sihat
Tak Sihat Maka Tak Cantik
Jom Cuba...
Jangan Malu Jangan Segan Hubungi Saya,
Call/Sms/Whatsup/Email
019-9381858 (ROSE)
facebook: rosma Ibrahim
member ID: 906312